Sunday 16 October 2016

Piring Hitam Artis Tempatan - Berakhirnya Penantian Berkat Usaha Dream Studio dan Mamat Rec


Beberapa minggu yang lalu, dua kugiran tempatan yang telah banyak mempengaruhi minat muzik saya telah mengeluarkan album mereka di dalam bentuk piring hitam. Walaupun bukan album baru tetapi ia adalah album-album yang memperkenalkan saya kepada muzik rock dan juga death metal. Tak lain dan tak bukan, Lefthanded dan Silent Death.

Tanggal 4 Oktober 2016, sekali lagi Dream Studio, di bawah naungan Dato Zaharul Anuar, mengejutkan peminat2 rock tanahair dengan pelancaran album kumpulan lagenda, Lefthanded berjudul Keadilan buat pertama kalinya di dalam medium piring hitam. Album ini merupakan album Lefthanded yang diterbitkan 30 tahun yang lalu. Satu sesi pelancaran khas telah diadakan di Dream Studio di mana Dato Nash, Man Kidal, Yantzen (Rusty Blade) dan lain-lain telah bersama-sama meraikan pelancaran ini. Sayang sekali buat diri saya kerana tidak dapat menghadiri sesi tersebut disebabkan tugas utama saya di KLCC. Sesi itu juga dihadiri oleh pengumpul tegar piring hitam tanahair seperti Sezali Zakaria, Rusli Hashim dan ramai lagi. Malahan, ada juga peminat dari Singapura yang datang untuk meraikan sesi pelancaran ini. 


Memang tak dapat dinafikan bahawa revolusi piring hitam telah kembali secara global dan Malaysia tidak terkecuali. Walaubagaimanapun, kadar pengeluaran piring hitam untuk artis tempatan masih belum mencapai tahap komersial seperti atis luar negara. Dengan adanya usaha gigih syarikat-syarikat seperti Dream Studio, impian peminat muzik tanahair sudah mula tercapai. Apa yang unik tentang Dream Studio ialah penekanan terhadap kualiti bunyi dalam pengeluaran piring hitam. Bermula dengan Rusty Blade beberapa bulan dahulu, sekali lagi Dream Studio telah berjaya mengeluarkan 'first pressing' album ini pada tahap yang amat memuaskan. Piring hitam ini telah diterbitkan di Australia di mana mutu bunyi yang dikeluarkan dapat melahirkan emosi rock nostalgia buat sesiapa sahaja yang memang membesar dengan alunan muzik rock Lefthanded, termasuk penulis nukilan ini. Buat saya, Lefthanded adalah kugiran yang memperkenalkan muzik rock kepada saya pada tahun 1987. Kenyaringan vokal Dato Nash begitu menyerlah di mana tiada kesan kenyaringan terlampau atau kebingitan seperti yang banyak berlaku ke atas pengeluaran piring hitam yang tidak melalui proses penyaringan yang betul. Gorengan gitar Man Kidal jugak amat terserlah bunyinya, melahirkan emosi 'head banging' buat pendengar seperti saya. Dari fizikal, ada juga pembeli yang mengatakan lubang di tengah piring hitam itu agak kecil dan sukar untuk memposisikan ke atas pemain piring hitam. Walabagaimanapun, ini dapat diselesaikan dengan menggunaka 'file' kecil.

Tahniah sekali lagi buat Dream Studio dan Dato Zaharul. Diharapkan, lebih banyak piring hitam rock tempatan dikeluarkan lagi.

Dengarkanlah klip bunyi contoh di bawah ini.




Di masa yang sama, Dream Studio juga telah mengeluarkan semula piring hitam Rusty Blade Ikrar Perwira dalam bentuk boxset yang mengandungi piring hitam, CD, kaset, T Shirt dan key chain. Pakej terbaik.




-------------------------------------------------------------------------------------------



Now, this is the album that really open up the dark side of me. I first heard about this band in 1992 if I am not mistaken. It was only on a cassette at that time but it was enough to really make me fall in love in the aggressive music genre. I cannot deny that at one stage, my late parents were worried about the musical taste I was into but nevertheless, they did not went into banning me from from listening to this. From Silent Death, I went into Nebiras, Sil Khannaz, Brain Dead etc. It is also personal to me as I had to borrow Ollie's drum pedal (when he was in Carburetor Dung) during a gig in Piccadilly Discotheque in 1996.

Back to the launch of this LP, Mamat Rec have again managed to produce a magnificent piece of local musical heritage. The speed of the double pedal by Ollie was tremendously hard hitting. The growling vocals of Stone and shredding guitars of Pink were in fact another big highlight of how high quality this LP is. For this musical genre, it is important that the mixing is done so that it does not come out as mashed up music with no sense of separation between various musical instrument. I found that this LP has managed to recreate that separation but in a manner that it is coherent and in tune as a whole. Excellent experience listening to this.




The packaging of this LP is also very much high quality. The inlay, photos, post cards is asa good as it gets when it comes to a reissue of the past. I love it.


I do hope both Dream Studio and Mamat Rec will continue appreciating the past as they are still a tremendous amount of fans of these legendary local bands that will forever support the industry.

Lefhanded (RM155) and Rusty Blade (RM155 for LP only and RM330 for boxset) LPs can be purchased from Dream Studio, Teenage Head Records, Crossroads Records and a few other music store.

Silent Death LP can be purchased by contacting Mamat Rec on Facebook for RM90.



No comments: